This was taken from singapore's Berita Harian on 24 January 2007:
KAHIRAH: Seorang ulama Sunni Arab Saudi kelmarin menyifatkan para pengikut Syiah di seluruh dunia sebagai 'penganut fahaman me nyeleweng' dan menggesa para pengikut fahaman Sunni Islam seluruh dunia untuk mengusir pengikut Syiah itu dari negara mereka.
Sheikh Abdullah bin Jabrain, salah seorang daripada beberapa anggota utama satu pertubuhan ulama di Arab Saudi, menyertai beberapa tokoh lain daripada kerajaan negara berfahaman Wahabbi itu yang menyifatkan pengikut Syiah sebagai 'kafir'.
Ia menunjukkan tanda-tanda terbaru meningkatnya perasaan sektarianisme di Timur-Tengah ketika ini.
'Ada orang berkata bahawa para pengikut fahaman penolakan itu (Syiah) adalah orang Islam kerana mereka percaya kepada Tuhan dan rasulnya (Muhammad), solat dan puasa. Tetapi saya mengatakan mereka penganut fahaman menyeleweng,' kata Sheikh Abdullah dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam beberapa laman web Islam.
'Mereka adalah musuh ketat orang Islam, yang sepatutnya berwaspada terhadap tipu helah mereka,' kata Sheikh Abdullah dalam tulisannya. 'Mereka harus diboikot dan diusir supaya para penganut Islam terelak daripada kejahatan mereka,' tambahnya.
Sheikh Abdullah, adalah anggota Persatuan Ulama Kanan, sebuah badan yang mengumpulkan ulama-ulama utama Arab Saudi yang berkait rapat dengan kerajaannya.
Namun, ketulenan kenyataan itu belum dapat disahkan dengan segera. Ia dilihat disiarkan dalam laman web yang sering digunakan ulama berpendirian tegar.
Bulan lalu, seorang lagi ulama utama Arab Saudi dan dikaitkan rapat dengan keluarga dirajanya, Sheikh Abdul Rahman al-Barak, menggesa para pengikut Islam berfahaman Sunni membantah usaha berdamai dengan pihak Syiah.
Menurutnya, pengikut Syiah lebih teruk berbanding dengan Yahudi atau Kristian. - AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment